KUCHING, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Openg hadir membuat lawatan tapak pembinaan dan pelaksanaan bangunan baru Sekolah Merpati Jepang yang dijangka siap pada bulan April tahun hadapan.
Terlebih dahulu, Ketua Menteri diberi taklimat berkenaan pelaksanaan bangunan baru sekolah berkenaan oleh pihak JKR, dan kemudiannya diikuti dengan majlis ringkas penyampaian cek dari Cawangan PBB N8 Satok yang disampaikan oleh YAB Ketua Menteri kepada pelajar - pelajar baru IPTA dari DUN N8 Satok.
Sejurus selepas itu, Datuk Patinggi Abang Zohari seterusnya membuat lawatan ke tapak bagi melihat keadaan semasa projek berkenaan.
Hadir sama adalah YB Datuk Amar Michael Manyin Jawong, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, HJ. Abdul Samat Gani (Setiausaha politik YAB KM/ Pengerusi Biro Pendidikan PBB N8 Satok) dan Dato Ibrahim Baki (Timbalan Ketua Cawangan PBB N8 Satok).
Sumber dari : Sarawakku